MENGHINDARI GIGITAN NYAMUK

Menghindari Gigitan Nyamuk
13 September 2009 571 views 2 Comments
Jika Anda termasuk salah seorang yang selama ini suka digigit nyamuk, ada kemungkinan Anda termasuk orang yang kurang atau jarang stres. Lho, apa hubungannya? Itulah yang kini masih dipelajari sejumlah tim peneliti di Inggris seperti ditulis di kolom kesehatan Wall Street Journal. Bisa jadi memang ada hubungannya antara ‘tendensi’ nyamuk dan level stres manusia.
Di dunia keilmuan, serangga memang sudah cukup lama dikenal memiliki kemampuan luar biasa dalam mengenai bau-bauan, yang pada akhirnya berhubungan dengan calon mangsa mereka. Nyamuk pun tak terkecuali punya kemampuan yang sama. Namun begitu, penelitian terhadap apa yang bisa menarik atau menolak nyamuk, dengan mengamati 300-400 bahan kimia tertentu yang diproduksi tubuh manusia, jelas sama sekali tidak mudah.
Untunglah, sekelompok peneliti dari Rothamsted Research di Inggris, baru-baru ini bisa jadi sudah menemukan sedikit petunjuk ke arah itu. Tepatnya, mereka menemukan kemungkinan penyebab kenapa di antara manusia yang menjadi mangsa nyamuk, selama ini ada orang-orang yang rajin digigiti dan ada pula yang justru tidak atau jarang. Petunjuk itu ada pada sejumlah zat kimia tertentu yang tampaknya berlebihan dikeluarkan oleh kelompok orang yang ‘tak disukai’ nyamuk tersebut ketimbang pada orang yang ‘laris-manis’ sebagai mangsa.
Zat kimia dimaksud, lebih jauh disebutkan berhubungan dengan level situasi mental atau pikiran seseorang, atau yang bisa disimpulkan sebagai suasana stres. Hanya, belum bisa dipastikan mana saja zat kimia yang tepat dalam hal ini. Namun jika sudah ditemukan, itu akan bisa diolah jadi zat penolak paling ampuh dibanding ramuan yang ada sekarang, yang rata-rata dilaporkan mengandung zat kimia DEET yang disebut-sebut berisiko menimbulkan kanker.
“Nyamuk terbang mengikuti ‘jaringan’ bahan-bahan kimia di udara, dan terutama akan tertarik pada zat tertentu yang mempertemukan mereka dengan manusia. Namun ketika kombinasi zat kimia yang dikeluarkan seorang manusia ‘tercium’ berbeda atau salah, si nyamuk pun akan gagal mengenali calon mangsanya,” ungkap Dr James Logan, salah seorang peneliti di Rothamsted.
Penelitian terhadap bau-bauan dari tubuh manusia yang bisa dikenali nyamuk ini, serta kenapa sebagian orang rentan digigit sementara sebagian lainnya tidak, sebenarnya sudah berjalan cukup lama. Setidaknya tercatat sejak era 1990-an, di mana ahli kimia Ulrich Bernier, yang kini bekerja di Departemen Pertanian AS, memulai pencarian terhadap apa yang disebutnya sebagai “zat ajaib” manusia yang menjadi daya tarik bagi nyamuk-nyamuk itu. Salah satu zat dimaksud contohnya adalah karbon dioksida, yang dikeluarkan lewat kulit dan hembusan nafas, serta asam laktik yang banyak muncul di kulit terutama saat beraktivitas fisik berat seperti olahraga.(ito/jpnn/gem)

LAWATAN KE PARLIMEN

LAWATAN KE PARLIMEN

Tuesday, April 20, 2010

TEKNOLOGI MAKLUMAT

TEKNOLOGI MAKLUMAT MASA KINI

Penggunaan komputer pada masa kini telah menjadi seperti sebahagian dari
hidup kita. Perjalanan dan tugas seharian menjadi semakin mudah dan tanpa
disedari kita semakin bergantung kepada mesin yang kita panggil komputer
ini. Begitu juga dengan tanggungjawab dan beban kerja di pejabat, di mana
maklumat-maklumat perlulah dihantar dengan cepat dan pantas bagi
mengelakkan berlakunya kerugian atau sebarang kebocoran maklumat.
Contohnya, ahli-ahli perniagaan, penghantaran maklumat yang pantas dan
selamat berupaya menghasilkan keuntungan yang berlipat-ganda.
Di bidang pendidikan pula, gabungan di antara penggunaan komputer
dengan dengan teknologi telekomunikasi telah menghasilkan apa yang kita
kenali sebagai Teknologi Maklumat.

Teknologi Maklumat telah berperanan sebagai asas untuk menyimpan
maklumat, mengolah maklumat, menyalur dan mengedarkan maklumat di
dalam pelbagai bentuk dan cara. Bahan atau maklumat tersebut dapat
disalurgunakan sama ada di dalam bentuk teks, gambar, grafik, suara,
animasi, dan video, atau gabungan kesemua unsur secara interaktif yang
juga dikenali sebagai Multimedia. Semua bahan dapat disalurgunakan
dengan menggunakan teknologi terkini, sama ada dengan rangkaian
(networking), intranet dan internet.
Proses pengajaran-pembelajaran dapat dipertingkatkan mutunya dan
dipelbagaikan penyampaian dan penerimaannya melalui beberapa teknik
iaitu:
1. berbantukan komputer dan perisian
2. melalui sistem rangkaian (networking), perisian dan pangkalan data atau
Rangkaian LAN, MAN dan WAN.
3. melalui sistem internet, perisian dan pangkalan data.

Melalui maklumat yang diperolehi di atas, bolehlah kita simpulkan bahawa
Sistem Rangkaian Komputer (Networking) turut memainkan peranan yang
tidak kurang pentingnya di dalam era teknologi maklumat terkini. Sistem
rangkaian komputer merupakan sistem komputer yang berpaut bersama
dengan terminal dan peralatan persisian yang lain melalui talian komunikasi.
Rangkaian membenarkan pengguna yang berada pada kedudukan taburan
geografi yang pelbagai untuk berkongsi aturcara, data dan peralatan.
Teknologi rangkaian komputer ini yang pada awalnya hanya digunakan di
kalangan masyarakat teknologi serta mereka yang gemar mencuba teknologi
yang baru, tetapi kini menjadi antara teknologi yang mendapat penerimaan
luas di kalangan masyarakat.

Tidak keterlaluan jika kita mengatakan teknologi rangkaian sebenarnya
membuka suatu dimensi baru di dalam pengunaan komputer peribadi.
Pengguna yang baru mengenali teknologi rangkaian seringkali tertanyatanya
mengenai kelainan dan ciri perbezaan yang dibawa oleh teknologi
rangkaian kepada dunia perkomputeran. Sebelum teknologi rangkaian
diperkenalkan serta digunakan secara meluas, kebanyakan komputer
peribadi lebih berfungsi sebagai sebuah komputer tunggal. Pertamanya, ia
tidak dirangkaikan iaitu disambungkan dengan mana-mana komputer yang
lain. Oleh yang demikian, komputer tersebut hanya berupaya menggunakan
sumber yang disediakan serta terdapat pada komputer tersebut sahaja.
Dalam erti kata lain, pengguna tersebut hanya dapat menggunakan perisian
serta perkakasan yang terdapat serta disambungkan kepada komputer
tersebut sahaja.

Sebelum wujudnya Sistem Rangkaian Komputer, pengguna yang ingin
berkongsi perisian ataupun fail di dalam persekitaran komputer tunggal
terpaksa menggunakan media storan yang boleh dialihkan seperti disket.
Namun begitu, kehadiran teknologi rangkaian komputer membolehkan apa
yang suatu ketika dahulu dianggap mustahil menjadi kenyataan yang
menguntungkan, menyeronokkan dan merealisasikan impian ramai
pengguna.

Pendidikan tidak formal secara umumnya boleh diperolehi daripada
berbagai institusi yang terdapat di dalam sesuatu masyarakat seperti institusi
pekerjaan, perkahwinan, keluarga dan juga daripada pengalaman kehidupan di
kalangan sesuatu masyarakat. Pendidikan formal yang lebih sistematik pula
biasanya diperolehi dari sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. Sekolah-sekolah dibina dengan tujuan untuk memberikan satu sumbangan yang penting
kepada pendidikan kanak-kanak dan remaja di sesebuah negara. Matlamat dan
tujuan pendidikan adalah berbeza di antara negara dan juga di dalam negara itu
sendiri. Persekolahan adalah proses yang hampir sama di mana-mana negara.
Institusi sekolah adalah dirancang supaya bahan-bahan pengajaran dan guru
memberi pendidikan kepada satu kumpulan pelajar yang biasanya terdiri daripada
20 hingga 60 orang bagi seseorang guru. Kebanyakan proses pengajaran dibuat
dengan sistematik supaya pengetahuan yang diperolehi dalam satu semester atau
tahun adalah berkesinambungan, dengan pengetahuan yang diberi dalam
semester atau tahun diguna terus ke tahun yang berikutnya.

Hasrat negara ialah untuk memberi pendidikan yang secukupnya kepada
setiap individu. Sekolah mempunyai peranan penting untuk melahirkan individu
yang cemerlang ke arah membentuk negara yang cemerlang (Wan Zahid 1994).
Walaupun begitu terdapat sekumpulan pelajar di sekolah yang kurang berupaya
untuk mencapai kecemerlangan akademik. Kumpulan pelajar ini sentiasa
mendapat markah rendah dan gagal dalam peperiksaan (Mohd. Said 1994).
Kegagalan seumpama ini melahirkan perasaan hampa di kalangan guru. Pihak
sekolah pula menganggap ini sebagai satu pembaziran masa dan tenaga (Pierce
1994).

Pelajar pencapaian akademik rendah biasanya diberi label oleh para guru
sebagai lemah, pemalas dan membiarkan mereka berada dalam keadaan begitu
rupa tanpa dicuba sebarang pemulihan akademik. Justeru itu, pelajar
berpencapaian akademik rendah perlu diberi tumpuan dalam perkembangan
intelek mereka. Dalam situasi yang sebenar, pelajar berpencapaian akademik
rendah merupakan golongan manusia yang mempunyai aspirasi yang tinggi
seperti pelajar-pelajar lain . Walau bagaimanapun sistem persekolahan yang lebih
menekankan peperiksaan kurang memberi tumpuan terhadap kejayaan atau
kemahiran mereka. Pelajar berpencapaian akademik rendah yang gagal di sekolah
boleh menjadi satu kehilangan besar kepada negara dari perspektif sumber
manusia dan potensi pengeluaran negara.
Krouse dan Krouse (1981) dan Brown dan Langer (1990), mengatakan
terdapat dua faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik rendah di kalangan
pelajar. Pertama ialah status sosio-ekonomi tetapi adalah sukar untuk diubahsuai
oleh pihak sekolah. Kedua ialah kekurangan kemahiran kognitif. Mengikut Phillips
(1992a), kemahiran kognitif memainkan peranan penting dalam menentukan
prestasi akademik pelajar. Faktor ini mudah diubahsuai melalui pemulihan
akademik. Pelajar-pelajar berpencapaian akademik rendah tidak dapat melakukan
aktiviti-aktiviti kognitif dengan memuaskan dan ini menyebabkan mereka
memperolehi markah yang rendah.
Kajian-kajian yang telah dijalankan oleh Swanson dan Ransby (1994),
Hulme dan Mackenzie (1992) membuktikan bahawa masalah utama yang dihadapi
oleh pelajar-pelajar berpencapaian akademik rendah ialah untuk mengingat
kembali maklumat yang penting. Mereka juga berpendapat masalah ini berkaitan
dengan ingatan jangka pendek. Tetapi, kajian Jones et al. (1988) membuktikan
bahawa masalah seumpama ini boleh diatasi dengan menggunakan strategi dan
kaedah pengajaran kognitif yang sesuai. Kaedah pengajaran kognitif
membolehkan pelajar untuk menguasai kemahiran berfikir seperti membanding
dan membeza, membuat generalisasi, membuat keputusan, membuat ramalan,
mencipta metafora, menerangkan sebab dan menyelesaikan masalah (Meister &
Rosenshine 1992). Kaedah ini dapat diadaptasikan melalui pengajaran
berbantukan komputer (PBK) kerana dengan menggunakan kaedah PBK pelajar
dapat menguasai kemahiran berfikir dengan lebih baik dan berkesan.

Dalam proses pengajaran, guru-guru akan menggunakan berbagai-bagai
kaedah penyampaian untuk memudahkan berlakunya perubahan minat, tingkah
laku, kemahiran dan kognitif pelajar-pelajar atau dengan perkataan lain
memudahkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran itu berlaku. Aktiviti
yang dijalankan oleh guru dalam mengelolakan pengalaman pembelajaran
amatlah banyak dan berbeza-beza mengikut keadaan. Guru-guru terpaksa
mengelolakan semua perkara iaitu antaranya penyelenggaraan pinjaman buku
teks, alat bantu mengajar, alat-alat lain yang digunakan oleh pelajar-pelajar,
susunan bilik darjah dan segala aktiviti untuk mewujudkan suasana atau keadaan
yang menimbulkan pengalaman baru dan tarikan kepada pelajar-pelajar. Daripada
pengalaman itu mereka mempelajari tingkah laku yang baru.
Kepelbagaian kaedah penyampaian pengajaran merupakan komponen yang
penting untuk memotivasikan minat pelajar-pelajar terhadap pelajarannya
(Moores 1987). Namun guru-guru didapati tidak berinisiatif mengeksploitasikan
penggunaan teknologi dan inovasi bahan bantu mengajar untuk menyampaikan
pengajarannya (Azma 1990). Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) pada tahun 1982 dan diikuti oleh pelaksanaan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988 telah menekankan kepada
proses pengajaran dan pembelajaran yang mengutamakan aktiviti pelajar.

Keadaan ini telah menyebabkan penggunaan bahan bantu mengajar di bilik
darjah semakin kurang diamalkan oleh guru-guru. Kegentingan gejala ini
semakin jelas pada tahap yang tinggi akibat daripada keinginan guru-guru
untuk menghabiskan sukatan pelajaran demi menghadapi tekanan
peperiksaan. Para pendidik masih terbelenggu dengan kaedah tradisional dan
penggunaan sumber-sumber pendidikan yang terbatas. Mengikut Eee Ah Ming
(1997), pengajaran tradisional bertunjangkan kepada kaedah kuliah dalam
bentuk penyampaian maklumat dan penerangan idea atau prinsip secara lisan
dan abstrak oleh guru kepada pelajar melalui komunikasi satu hala dan
peranan pelajar sebagai penerima adalah pasif.

Keadaan ini akan menyebabkan pelajar merasa bosan untuk belajar dan akhirnya menyebabkan pencapaian akademik pelajar merosot. Guru juga sering menggunakan pendekatan ‘mudah’ untuk menghasilkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dengan cara mengajar tajuk-tajuk yang akan keluar dalam
peperiksaan tanpa mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran. Kemahiran-kemahiran yang boleh membina
perkembangan diri secara menyeluruh sama ada dari segi fizikal, emosi, sosial,
mental dan intelek kurang diberi perhatian (Goh Keat Seng 1983).

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian pengkaji di sekolah-sekolah
sewaktu bertugas sebagai pendidik selama lebih dua puluh tahun, pengkaji
mendapati para pelajar yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang rendah
sering diabaikan oleh guru dan pihak sekolah walaupun pelajar tersebut
mempunyai keupayaan yang tinggi di peringkat fizikal. Kita juga sering terbaca
pada setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan sama ada peperiksaan UPSR,
PMR, SPM ataupun peperiksaan STPM, hanya pelajar-pelajar dan sekolahsekolah
yang mendapat keputusan cemerlang sahaja yang mendapat perhatian di
dada-dada akhbar. Tidak ada suara yang ingin membantu pelajar-pelajar yang
lemah dan ketinggalan dalam akademik. Kebanyakan pelajar yang mempunyai
tahap pencapaian akademik yang rendah ini akan terus terbiar. Seharusnya
pelajar-pelajar seperti inilah yang diberi perhatian lebih dan diberi peluang untuk
belajar dengan kemudahan-kemudahan yang mencukupi agar mereka menjadi
pelajar yang cemerlang seperti yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) yang membolehkan setiap individu mengembangkan potensi
mereka dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Jika kita mengkaji sejarah perkembangan kaedah pengajaran di sekolah-sekolah di Malaysia, pada mulanya ia berpandukan kepada buku teks sematamata
dan guru merupakan tumpuan pelajar-pelajar tanpa penglibatan aktif para
pelajar. Dengan kemajuan dan perkembangan teknologi maklumat yang wujud
sekarang ini, maka kaedah pengajaran telah berubah supaya bersesuaian dengan
keperluan semasa. Secara amnya teknologi maklumat diserapkan ke dalam sistem
pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran
dengan memilih mikrokomputer sebagai alat bantu mengajar.

Beberapa tahun kebelakangan ini, institusi pengajian peringkat rendah dan
tinggi serata dunia giat menjalankan usaha membangunkan kaedah-kaedah
pengajaran sebagai satu ikhtiar memperbaiki proses pengajaran dan
pembelajaran. Di samping penggunaan buku teks, penggunaan pita rakaman , set
TV, ‘overhead projektor’, dan lain-lain peralatan telah diperkenalkan bagi
membantu proses pengajaran. Penjelmaan komputer dalam pendidikan mungkin
akan mengubah kepercayaan ini (Norhashim Abu Samah, Jamaludin Ibrahim &
Norhawaniah Zakariah 1991).

Strategi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran telah
banyak digunakan oleh institusi pendidikan terutama di institusi pengajian tingggi
(Yusup Hashim 1994). Keadaan yang sama juga telah berlaku di peringkat
sekolah, misalnya di sekolah-sekolah bestari, pengajaran sains, matematik,
bahasa Inggeris dan pengajaran bahasa Melayu telah dijalankan dengan
menggunakan komputer. Pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran sains
yang dijalankan dengan menggunakan komputer, bukan sahaja untuk tujuan
pengajaran asas tetapi juga untuk tujuan mengira dan membuat simulasi tentang
situasi makmal (Fred & Henry 1994).

Terdapat banyak takrifan mengenai pengajaran berbantukan komputer. Di
dalam bahasa Inggeris ia dipanggil ‘Computer Aided Instruction’ dengan singkatan
CAI. Panggilan lain seperti ‘Computer Based Instruction/Education’, ‘Computer
Augmented Instruction’, ‘Computer Administered Instruction’, ‘Computer Managed
Instruction’, ‘Computer Based Learning’, ‘Computer Enriched Instruction, dan
sebagainya. Sedikit sebanyak perbezaan istilah ini mungkin akan mengelirukan
terutamanya kepada orang yang masih baru dalam dunia komputer. Sebenarnya ia
menggambarkan perkembangan yang pesat dalam bidang ini (Norhashim Abu
Samah, et al. 1991; Norhashim Abu Samah , et al. 1990; Zoraini Wati Abas 1994;
Rao, et al. 1991; Norhashim Abu Samah, et al. 1996). Dua nama singkatan yang
paling popular ialah CAI dan CAL. Umumnya CAI digunakan di Amerika Syarikat,
manakala CAL lebih popular di negara-negara Eropah. Bagaimanapun keduaduanya
adalah bermaksud penggunaan komputer bagi membantu proses
pengajaran dan pembelajaran.

Berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi mencapai matlamat
pendidikan di Malaysia dan hala tuju Wawasan 2020, satu anjakan paradigma
diperlukan tentang penggunaan teknologi di sekolah. Oleh itu pada awal tahun
1996, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan konsep Sekolah
Bestari yang bermula pada Januari 1999. Pemikiran baru dalam pendidikan,
perkembangan teknologi dan ledakan maklumat memaksa kita melihat dan
mengubah proses pengajaran dan cara menguruskan kurikulum sesuai dengan
era tersebut.

Pihak kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia telah
membekalkan kemudahan komputer dalam proses mewujudkan Sekolah Bestari.
Pada tahun 2005 sebanyak 90% sekolah di seluruh negara telah dibekalkan
dengan kemudahan komputer. Sebanyak 5,037 buah sekolah mempunyai makmal
komputer, sejumlah 133,724 unit komputer telah dibekalkan di sekolah-sekolah
dan terdapat 5,026 unit server telah dipasang di sekolah-sekolah di seluruh negara
termasuk sekolah-sekolah di luar bandar (Berita Harian 2005).

Proses pengajaran dan pembelajaran bestari adalah berbantukan komputer
(PBK). Mengikut Sander (1987), pembelajaran berbantukan komputer ialah satu
situasi pembelajaran di mana pelajar-pelajar berinteraksi dan dibimbing komputer
melalui satu proses pembelajaran terancang yang bertujuan untuk mencapai
matlamat pembelajaran tertentu. Moursund (1980) menyatakan bahawa PBK
merupakan penggunaan komputer untuk menyampaikan pengajaran kepada
pelajar-pelajar, iaitu interaksi antara sistem komputer dengan pelajar-pelajar untuk
membantu mereka tentang bahan yang telah dipelajari.

Secara umumnya PBK ialah penggunaan komputer dengan satu program
yang sistematik dan teratur oleh pelajar dan guru untuk sesuatu pengajaran dan
pembelajaran yang memerlukan satu interaksi yang aktif antara pelajar dengan
komputer (Rao et al. 1991). Pelaksanaan pengajaran berbantukan komputer di
institusi pendidikan sentiasa dikaitkan dengan dua isu utama iaitu pertama, adakah
guru akan menggunakan sepenuhnya sistem berkenaan dan keduanya adakah
pelajar akan memperoleh faedah darinya. Kemunculan Pengajaran Berbantukan
Komputer Multimedia (MCAI) dalam arena pendidikan kini merupakan jawapan
kepada persoalan di atas. MCAI memudahkan guru menyampaikan pengajaran
dengan berkesan.

Sebaliknya kaedah tradisional yang biasa digunakan dalam bilik darjah
menyediakan sumber dan suasana yang tidak dapat menarik dan merangsang
minat pelajar. Guru menghadapi masalah kekurangan sumber dan masa untuk
menggunakan alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran geografi.
Aplikasi media pengajaran terutamanya komputer perlu dieksploitasi oleh
para pendidik untuk menjamin proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan. Hal ini disebabkan oleh arus perkembangan dalam dunia komputer
menjadi begitu pantas dengan wujudnya teknologi canggih, iklim dan falsafah
ekonomi serta politik yang menggalakkan. Pada tahun 1990an, keaktifan
penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran nampaknya
semakin terserlah bukan sahaja di luar negara malah di dalam negara kita juga.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan satu projek perintis kenal
faham komputer di 60 buah sekolah pada tahun 1992. Projek ini merupakan usaha
awal Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan guru dan murid
menggunakan komputer sebagai alat pengajaran di samping meningkatkan
program kesedaran dan literasi komputer di sekolah (Yusup Hashim 1998).

Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) dapat memberi impak yang
baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang pelajar terutamanya
pelajar yang berada pada tahap pencapaian akademik rendah. Ini kerana pelajarpelajar di tahap pencapaian akademik rendah kebiasaannya memerlukan pelbagai kombinasi medium dalam pembelajaran mereka seperti visual yang bergerak, animasi, teks, muzik dan grafik, di mana kesemua medium ini terdapat dalam multimedia yang boleh didapati di dalam pembelajaran berbantukan komputer. Ini sejajar dengan peribahasa Cina yang berbunyi,”saya dengar, saya akan lupa, saya lihat, saya akan saya ingat, dan apabila saya lakukan saya akan faham.” (Hizamnuddin Awang 1997 dalam Fazilah 1998). Kefahaman di dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah sesuatu yang amat diperlukan oleh pelajar untuk mengingati apa yang telah mereka pelajari.

Kajian Ashfahani (2001) mendapati bahawa prestasi mata pelajaran fizik
pelajar berkebolehan rendah adalah lebih tinggi berbanding prestasi pelajar
berkebolehan tinggi dalam penggunaan komputer. Dapatan kajian yang sama juga
diperolehi oleh Mustapa dan Naufal (2005) terhadap pelajar berkebolehan rendah
dalam mata pelajaran bahasa Inggeris. Kajian mereka menunjukkan kumpulan
tahap kebolehan rendah berjaya mencapai keputusan yang lebih baik secara
signifikan berbanding pencapaian kumpulan tahap kebolehan tinggi (t = -5.7, p =
0.00)
Kewajipan seseorang pendidik adalah untuk membantu dan memberi
peluang sebaik mungkin kepada pelajar tidak kira di mana tahap kecerdasan
seseorang pelajar. PBK mempunyai potensi untuk memenuhi kehendak dan
keperluan pelajar secara individu. Mereka juga dapat memperoleh kemahiran
untuk menyelesaikan sebarang masalah pembelajaran secara praktis dan bukan
sekadar mengumpul pengetahuan.
Pendidikan geografi merupakan satu cabang sains sosial boleh memainkan
peranan yang lebih baik untuk melahirkan warganegara yang mencintai alam
sekitar, mampu memelihara dan memulihara alam sekitar dan pada masa yang
sama dapat diseimbangkan dengan pembangunan negara dalam bidang ekonomi,
sains dan teknologi. Oleh itu adalah perlu pendidikan geografi dilihat dalam
konteks kebangsaan supaya keperluannya selaras dengan pembangunan negara
terutama sekali dalam menghadapi cabaran masa hadapan, khususnya dalam
menjadikan pendidikan bertaraf dunia. Marsden (1976) menyatakan kebanyakan
konsep yang ditekankan dalam geografi adalah penting dalam bidang lain.
Philippe (1976) pula telah melihat bagaimana pendidikan geografi
seharusnya mengalami perubahan. Jika selama ini ianya menggambarkan
pengetahuan geografi berbentuk penemuan kawasan baru atau menamakan
puncak gunung, kini temanya haruslah diperluaskan iaitu:
I. Peristiwa dan maklumat dari seluruh pelusuk dunia tidak lagi boleh diasingkan atau diklasifikasikan oleh jarak semata-mata kerana lokasi asalnya boleh dikesan media kerana kesan dramatiknya melibatkan manusia yang ramai atau dijangka mempengaruhi pandangan awam.
II. Geografi tidak lagi mempengaruhi fakta dan masa hadapan pelbagai bahagian di muka bumi ini sebaliknya ia memerlukan fakta untuk mengkaji masalah hubungan ruang di muka bumi yang disebabkan oleh lebihan penduduk, kemunduran pembangunan, sebaran bandar, perancangan wilayah dan polisi guna tanah.

Mengikut kurikulum terkini, pembelajaran subjek geografi hanya bermula di
tahap sekolah menengah sebagai subjek yang berasingan, kandungan geografi di
sekolah rendah dimasukkan ke dalam subjek kajian tempatan sebagai sebahagian
daripada sukatan pelajarannya. Keadaannya amat berbeza dengan sistem
sebelum pelaksanaan KBSR dan KBSM yang memulakan pembelajaran geografi
sebagai subjek yang berasingan di tahap sekolah rendah. Ekoran daripada asas
yang tidak kukuh dan kaedah pengajaran yang tidak memberangsangkan (kaedah
tradisional) yang dijalankan oleh guru geografi, maka pencapaian pelajar-pelajar
kian merosot terutamanya semasa Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Data keputusan yang diperolehi menunjukkan penurunan peratusan sebanyak 10
peratus iaitu dari 62.8 peratus pada tahun 1986 kepada 52 peratus pada tahun
1990.

No comments:

Post a Comment